Rabu, 11 Disember 2013

Decision

                                          Decision...
    Umm...should i do it or should not do it ?
Tired of making a decision? Some of the decision  may benefits you but some may hurt your friends. Sometimes you may find out it is hard to make a decision. Now days many people make wrong decision because they did not think what is the consequence . Of course every decision have negative and positive result. So make sure think first...


Though you may rely on the advice and guidance of a good friend, parent, spouse, or spiritual mentor, in the end it is you and you alone who is responsible for overcoming fear and making your final decisions. For those who may experience a lack of confidence in their ability to make favorable decisions or would like to learn different ways to rely on their own inner guidance.


    Here are some guidance that might help you if you found it difficult to make a decision :

1.Collect and summarise the data systematically.

Decisions can't be made in a vacuum! Gather, collate, classify and organise the information you need to make a decision. You need to analyse and evaluate all the important factors in making the decision. Analyse the various factors involved in the problem and identify the key ones.
Highlight any critical factors upon which the success on the decision will hinge.
Sound out the views and opinions of others: they may see something you have missed.    



2. List out our own opinion
At first sight, it may appear that there is only one course of action, but that is usually not true. Even if your situation seems limited, try to make a list of alternatives. Refrain from evaluating at this point; brainstorm and write down every idea that comes to mind, as crazy as it may seem. You can always cross it off the list later, but with those crazy ideas might come some creative solutions that you might not have considered otherwise. Then ask other people for suggestions. Be terse and ask them what they might do in your situation. Sometimes strangers can offer the most creative ideas because they do not share your assumptions or biases.

3. Seeking for opinion
 Opinion from your family , friends or counsellor may come in handy. Since we are still young and lack of experience we should talk to our family member to get more opinion this method also make you and your family more closer. Next why don we ask our friend to give some opinion? Their opinion will be different because they have their own opinion, their thinking and ours is different. In addition you also can seek counsellor.  Not necessary to seek other counsellor you can seek from your school counsellor it is free and don be shy . They are always welcome you and ready to lend a hand to you. Don let shy defeat you if you want to success. 

4. Identify your objective.
 The first thing you need to decide when looking for answers is what your true objective really is. What do you actually want to know? If we don’t know exactly what we’re trying to accomplish, things can get confusing really fast. So spend some time getting a clear idea of what your objective is before you go any further.

5. Make the decision concrete.
You can endlessly re-analyze and agonize over what you’ve decided. You have to stop sometime. Make it real, write it down. Once your decision is out of your head and in the real world, your brain can stop constantly churning through the options and get on with the next task



6.Consider overarching moral principles. When encountering a situation in which there is a conflict between standards or principles, one useful strategy is to consider overarching moral principles.Overarching moral principles, which are the underlying foundation principles upon which all other standards are based, include autonomy, beneficence, nonmaleficence, justice, fidelity, and veracity. In plain English, each principle is described below.
Autonomy refers to the right of self-determination as evidenced by the freedom of an individual to make one’s own decisions and choose one’s own direction.
Beneficence refers to promoting good for others, contributing to the welfare of others, and protecting the best interests of others.
Nonmalficence refers to avoiding doing harm to others and refraining from actions that risk hurting others.
Justice refers to providing fairness to all people, regardless of age, race, gender, ethnicity, religion, national origin, or sexual orientation.
Fidelity refers to keeping one’s promises, fulfilling honoring one’s commitments, and being faithful to one’s responsibilities of trust in a relationship.
Veracity refers to being honest, truthful, and trustworthy. Trust is required to build a relationship, and honesty is required to build trust.


 Above are some steps as a guide for you all the decide your problems. Just remember think twice and look before you step.

 Hope you all will success in future.
;) bye

Ahad, 13 Oktober 2013

PAT vs PMR vs SPM




Sejak kebelakangan ini, era peperiksaan makin mengganggu fikiran pelajar,Namun, era ini sudah hampir ke penghujungnya kerana peperiksaan akhir tahun dan pmr telah tamat.Hanya tinggal SPM yg bakal tiba tak lama lagi... 

Bagi pelajar pmr,janganlah merasakan seperti anda sekarang bebas kerana anda masih mempunyai 2 tahun lagi dia alam persekolahan, bagi kami(MERCU) ,sekaranglah tibanya waktu untuk anda menyiapkan diri bagi tahun akan datang.Pelajar PMR harus datang ke sekolah lebih kerap kerana banyak program untuk anda telah dipersiapkan.Jadi janganlah membuang masa anda begitu sahaja,.gunakanlah waktu ini untuk anda membuat perkara faedah.

Bagi pelajar SPM,kami dari MERCU ingin mengucapkan selamat berjaya.Insya'allah...   kejayaan menanti anda dimasa akan datang...   dengan usaha,kejayaan menjadi milik anda..,  

Dan akhir sekali, kami nak ucapkan kepada semua pelajar selamat berjaya dan selamat hari raya haji.

Khamis, 5 September 2013

Bulan 9 telah tiba.




Assalamualikum... 

Lama rasanya MERCU tidak meng-update blog ini...  biasalah,sebagai pelajar akademik harus diutamakan,tambahan pula Peperiksaan Akhir Tahun hampir tiba... nampaknya banyak lagi cabaran yang harus dihadapi sebelum ahli MERCU melangkah masuk ke tingkatan 5.

Hurm..  

Kali ini ada pantun sikit,  nak dengar tak?

Okay...

Pergi ke paya menangkap ikan,
Terserempak pula dengan Tini,
Terima kasih kami ucapkan,
Menjadi pembaca Blog ini,

Haha,  okayy tak?

Haha...

Semua dah sedia ke nak hadapi peperiksaan yang akan datang ni?

Kalau belum,

Kami sebagai ahli MERCU ingin menasihatkan agar mengulangkaji  selagi ada masa,
Jangan la "sudah terhantuk baru terngadah"  ...

Kepada "abang-abang" ,"adik-adik" yang akan menghadapi PMR dan SPM  kami mengucapkan kepada anda semoga berjaya...

Hee..  okayla..   sampai disini sajalah kita berbicara,
Harap-harap anda akan terus membaca di blog ini.. 

Bye...  !

Sabtu, 24 Ogos 2013

Ujian Dua.


Assalamualaikum

Apa khabar?  Urm,harap anda semua berada dalam keadaan yg baik.

Okay,sebelum meneruskan artikel ini,MERCU ingin berpantun sikit..

Berjalan ke rumah ternampak Farhan,
Farhan berjalan bersama Jamil K,
Tiga hari berlansungnya peperiksaan,
Adakah semuanya okay?.

Hehe,.,

Okay,ujian dua telah pun berlalu?   Bagaimanakah keputusan anda semua?

Bagi siapa yang 'pass' semua paper alhamdulillah,
Dan bagi siapa yang ada 'gagal' tidak mengapa,kerana semuanya telah berlaku dan yang pasti anda masih mempunyai peluang dalam peperiksaan akhir tahun.

Kannnn?

Okay..   sampai disini sahaja la ye..  

Makan gula-gula rosak gigi,
Hari lain jumpa lagi,

Terima kasih!

Selasa, 13 Ogos 2013

Raya.





Assalamualaikum..

Haaa..  macam mana cuti raya tahun ini?

Seronok tak?
Hurm,pasti meriahkan? 

Mungkin dalam kalangan kita masih ada yang belum habis beraya lagi dan belum habis lagi membuat 'open-house'..

Beberapa hari yang lepas,Ahli MERCU mendapat beberapa jemputan dari kawan kita untuk menghadiri 'open-house' dirumah mereka...tapi malangnya ahli MERCU kebanyakkannya sudah berada di kampung dan ada yang sibuk beraya di rumah saudara mara.

Namun,kami mendapat tahu bahawa kawan-kawan kita menhidangkan pelbagai juadah makanan yang sedap-sedap seperti ayam belanda dan lain-lain..

Jadi ahli MERCU ingin memohon maaf kerana tidak mendapat menghadiri 'open-house' itu.. 

Tapi.. walaupun kami tidak dapat menghadiri jemputan itu, duit raya untuk kami masih ada kan?  Hehe..  XD 

Okay..  sebelum itu, kami dari MERCU ingin memohon maaf seandainya ada salah dan silap..


Terima kasih.
Bye!.


Ahad, 4 Ogos 2013

Cuti Raya?




Assalamualaikum...

Haaa,dalam tak sedar,tinggal 2 hari saja lagi untuk berpuasa..
Dan lagi dua hari saja lagi semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri..Cuti pon dah bermula...  =)

Dalam kita seronok untuk beraya,pasti juga kita berasa sedih untuk meninggalkan bulan Ramadan yg hanya setahun sekali..

Haaa..  berkenaan dengan cuti,..kita harus menjaga keselamatan terutama kebelakangan ini,kerana selalu saja ada kes berkaitan dengan Mercun dilaporkan...

Okay,persiapan balik ke kampung juga harus dikemaskan awal supaya kita tidak tergesa nanti.

Tidak dilupakan,duit raya,haaa...  kena la disediakan secukupnya.. hehe,jangan lupa tau bagi duit raya kepada ahli Mercu!  :D

Sekian sajalah "post" untuk hari ini, kih3..  idea hari ni tak banyak,jadi ringkas-2 saja...

Terima kasih kerana mendengar celoteh dari DJ Are..

Byeee!  

Selasa, 16 Julai 2013

MERCU FM.




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Yeay!  Hari ini dalam sejarah...
Kami telah menubuhkan FM studio yg dikenali sebagai Mercu FM,
Kami memulakan FM ini pada waktu pagi dan juga waktu rehat antara ko-kurikulum...
Syukur alhamdulillah,setakat ini,kami mempunyai beberapa pelajar-pelajar sebagai pendengar-pendengar setia Mercu FM,

Untuk pengetahuan semua,kami mempunyai sebanyak 4 orang ahli dalam menjayakan lagi projek ini, iaitu,
¤ 2 orang sebagai DJ Radio,
       -DJ FIT (Boleh-boleh aje)
       -DJ D ( Hanya Kamu)

¤ 2 orang sebagai penyedia peralatan dan set DJ.

Selain itu,tak dilupakan juga ahli-ahli MERCU yg lain yg turut membantu dalam penyediaan Set....
      TERIMA KASIH,

Ya,sebelum terlupa boleh la saya ingatkan sekali lagi,...
Okay... 

Buat pendengar setia Mercu FM yg ingin membuat penempahan lagu,penempahan lagu boleh dibuat pada setiap hari JUMAAT ,

Penempahan boleh dilakukan kepada ahli-ahli kami iaitu,
¤ IESA BIN SAIRI
¤ ABDULLAH BIN IDRIS

Harga yg telah kami tetapkan ialah sebanyak,
¤  10 sen
     -Lagu yg Berbahasa Melayu
¤  20 sen
    -Lagu yg Berbahasa lain-lain,

Harga itu merupakan harga muktamad yg telah kami tetapkan,..
Jadi, jangan lah lupa ya untuk menempah kerana harga itu sangat - sangat murah...
Okay... 

Selain penetapan harga,kami juga telah menyenaraikan lagu-lagu yg akan dipasang,.. 
Kami telah mengambil lagu-lagu hits dan popular dan menyenaraikan ia...
Senarai tersebut boleh didapati dari ahli kami...
Jadi,Ini bermaksud,anda hanya boleh menempah lagu-lagu yg telah disenaraikan SAHAJA...
Lagu- lagu tersebut akan ditukar dari minggu ke minggu,

Penyenaraian lagu adalah untuk memudahkan sistem operasi kami dan juga mengelak dari lagu yg tidak sepatutnya dipasang...

Kepada sesiapa yg masih belum lagi tahu tentang operasi kami,
Kami mengambil sebanyak 15 penempah yg paling awal untuk di keudarakan dalam waktu seminggu,..
Ini bermakna "siapa cepat dia dapat".. 

Bagi minggu seterusnya,penempahan akan dibukakan seperti biasa iaitu pada hari JUMAAT...
Haaaaa, sekarang semua dah tahu kan?  Hek3...  faham ke tidak?  Kalau masih belum faham..  anda boleh mengajukan soalan di CHATBOX di sebelah tepi ini....

Bye!  Terima Kasih kerana Mendengar..   =)

Rabu, 10 Julai 2013

Pelantikan Pengawas Baru Tahun 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar hari ni?  Sihat ke?
Pada tarikh 9 Julai 2013, Perlantikan pengawas baru bagi sesi tahun 2013 telah berjalan dengan lancarnya..
Seramai 10 pengawas yang telah diberi amanah dalam menjaga nama baik sekolah,sebanyak 5 pelajar menengah atas dan 5 pelajar dari menengah rendah telah dilantik.
Pengawas pengawas yang baru dilantik diberikan sijil pelantikan oleh Tuan Pengetua diiringi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam majlis tersebut,
Selapas sahaja tamat penyampaian sijil pelantikan,Pengawas yang baru dilantik berkumpul membentuk satu barisan di perhimpunan untuk membaca ikrar dipimpin oleh Ketua Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Westlands dihadapan Tuan Pengetua dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid...
Kami dari MERCU ingin mengucapkan Tahniah buat Pengawas yang baru sahaja dilantik...
Semoga anda melakukan tugas anda dengan baik,teratur dan berdisiplin demi meningkatkan nama baik sekolah...








Jumaat, 5 Julai 2013

Apa Itu Mercu.





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hye,apa khabar semua? Sihat?
Hurm.. 
Kebelakangan ini,ramai orang yang bertanyakan beberapa soalan kepada ahli MERCU..
Soalan yg sering sekali ditanyakan ialah "apa itu MERCU?", "MERCU tu untuk apa?" ...


Apabila soalan itu diujarkan,ia telah menambahkan kegembiraan di hati kami(MERCU)  kerana dari situlah kami akan dapat mengetahui bahawa  pelajar ingin mengetahui  tentang  MERCU dengan lebih lanjut,
Hurm..  berkenaan dengan soalan yg diujarkan..ia telah menggerakkan hati kami untuk menghuraikan sedikit sebanyak tentang (MERCU) di dalam artikel buat kali ini.,
Okay,

Nama MERCU adalah singkatan dari beberapa perkataan,iaitu,
Mengukir,
Era,
Rehabilitasi,
Coretan,
Unggul.

MERCU juga adalah dibawah Penitia bahasa melayu...MERCU merupakan salah satu projek bagi menarik pelajar ke sekolah,.

Fokus utama MERCU ialah keceriaan...

MERCU membawa satu matlamat iaitu bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam segi kahadiran.

MERCU juga mempunyai ahli sebanyak 12 orang ahli...
Setiap ahli mempunyai tugas dan kemahiran yg berbeza.
Ahli ahli MERCU telah dipilih dan merupakan pelajar yg mempunyai minat dalam Projek ini...

'Tagline' yg dibawakan MERCU ialah,
"Kami Syok 'P' Sekolah"

Selain itu,program yg akan dilakukan MERCU ialah membuat satu fm studio,yg dinamakan MERCU fm....
Dalam MERCU fm,dua orang dari ahli kami akan menjadi DJ dan melakukan segala aktiviti pada waktu pagi dengan spontan! Hahaha..  XD

Selain itu,terdapat beberapa lagi aktiviti yg bakal menyusul...
Oleh itu... bagi mendapat maklumat terkini bolehla berhubung dengan kami di facebook ataupun di blog ini...

Akhir kata,
Terima kasih atas pertanyaan anda,kami sebagai MERCU amat menghargainya... 

Haha~~  XD

Sambutan Hari Koperasi.





Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Hye! ..  waaa,sekian lama pelajar-pelajar westlands menunggu,
Akhirnya...Hari Koperasi telah pun disambut pada 5 Julai 2013..
Hurm,.ternyata sangat menarik.. haha,Luar Biasa..
Sebanyak 18 gerai telah dibuka..
Banyak tu...  kih3.. tetapi ada gerai yg telah tutup awal kerana kehabisan stok...jualan yg sangat laris tu...
Antara gerai yg telah dibuka ialah,
Gerai buah-buahan,gerai Candy,gerai satay,gerai moist chocolate cakes,aiskrim "Dandut"..dll.. 
Gerai-gerai yg dibuka kebanyakkannya mendapat sambutan yg sangat menggalakkan...
Hah. XD

(Aiskrim Dangdut)

(Satay)


(Popia Goreng)


(Gerai Buah-buahan)


(Gerai Candy Crush)

(Gerai Koperasi)

(Gerai Tuju Lagu)






 
Hebat sekali,dengan adanya lagi gerai "tuju lagu" telah menambahkan lagi kemeriahan di situ.. 
Tambahan pula,Hari Sambutan Hari koperasi juga bersamaan dengan Hari Perjumpaan Waris..
Ibubapa juga tidak melepaskan peluang untuk "membeli belah" di gerai yg dibuka...
Harga barang yg terdapat dikoperasi juga telah dikurangkan hanya untuk Sambutan Hari Koperasi...Oleh itu, ia telah membuatkan para pelajar 'tidak senang duduk' .. haha . XD
Terdapat juga pelajar-pelajar yg berbakat besar dalam kemahiran "DJ"..mereka telah  mebuatkan suasana semakin bertambah rancak.
Memang patutlah jika Sambutan Ini disambut setahun sekali kerana ia memberi satu kenangan yg sangat menarik!
Akhir kata, Terima kasih buat guru-guru,koperator-koperator serta pelajar-pelajar yg membuatkan Sambutan ini berjalan dengan lancarnya..
Semoga Sambutan ini tidak dilupakan begitu saja...

"Kami Syok 'P' Sekolah"
MERCU.

Jumaat, 28 Jun 2013

Pelancaran Projek MERCU




Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Sekian lama kami menunggu tibanya saat ini,

Akhirnya Hari Ini Dalam Sejarah,

Projek MERCU telah berjaya dilancarkan oleh Tuan Pengetua sendiri,




Kami amat bersyukur dan berbangga kerana kami mendapat sokongan oleh guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Terima Kasih buat semua,Sokongan anda adalah satu kejayaan buat kami,





Juga sekalung budi Terima Kasih buat ahli-ahli MERCU yang turut berusaha keras dalam menjayakan majlis Perasmian ini...



:)


Lemon: Asid atau Alkali?

    



Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sejak dua menjak ini,Isu Lemon menjadi perbualan hangat.
Oleh itu,kami mengambil kesempatan untuk menerangkan serba sedikit tentang Lemon.
Selamat Membaca...



Terdapat banyak perbezaan yang besar dalam jawapannya jika kita mempertimbangkan
soalan di bawah pemandangan kimia atau sains pemakanan. Jadi, limau adalah
berasid atau beralkali? Ia biasanya percaya bahawa limau adalah asid kerana
ia mempunyai rasa yang masam. Walau bagaimanapun, pada pandangan sains pemakanan,lemon merupakan makanan beralkali.
    Mengapa? Jawapannya adalah mudah kerana apabila kita mengambil makanan, ia akan menjadi alkali. Itulah sebabnya kita mengklasifikasikan ia sebagai makanan beralkali. Sebagai contoh, apabila kita mengambil air jus lemon (wow. masamnya:.! P), Ia akan mengoksidakan untuk membentuk air, karbon dioksida dan sebatian bukan organik. sifat alkali atau berasid kompaun organik terbentuk menentukan sama ada makanan yang beralkali atau berasid.
    
   Jika ia mengandungi natrium lanjut, kalium atau kalsium, ia akan menjadi makanan yang beralkali. Kerana apabila sebatian natrium larut dalam air, ia membentuk satu penyelesaian yang beralkali.

Na2CO3 + H2O ---> 2NaHCO3
HCO3-+ H2O ---> H2CO3 + OH-
2 (Na +) 2O22-+ 2H2O ---> 4Na + OH-+ O2



       Anda boleh ragu-ragu, di mana datang NaCO3 & 2 (Na +) 2O22-? .. ha ha ..
Ok,. Makanan yang anda makan, tidak kira itulah ayam goreng atau kentang goreng Perancis. Ia membakar!Of coz api tidak akan ditubuhkan, sebaliknya, satu siri kimia yang kompleks proses pengoksidaan akan berlaku. Ia adalah sama dengan satu eksperimen mudah oleh,

1. memanaskan makanan untuk membakar keluar semua perkara organik.

2. membubarkan abu

3. menguji dengan Litmus.




      Jika ia mengandungi sulfur lebih, fosfat atau klorida,ia membentuk satu makanan asid.

      Jadi, apakah jawapan kepada soalan ini? Daripada tindakan bertukar menjadi merah dalam eksperimen apabila kita meletakkan jus lemon pada litmus biru kertas, kita tahu bahawa jus lemon memang berasid.

      Dengan perbezaan pandangan, kita mungkin mempunyai hasil yang berbeza untuk menentukan sama ada bahan kimia adalah berasid atau beralkali.



Hahah,...sekarang sudah dapat penjelasannya kan?  haha..  Tinggalkan jejak anda  di ruangan Komen dengan menekan perkataan "Tiada Ulasan".


Selasa, 11 Jun 2013

Time.





The concept of time is self-evident. An hour consists of a certain number of minutes, a day of hours and a year of days. But we rarely think about the fundamental nature of time.
Time is passing non-stop, and we follow it with clocks and calendars. Yet we cannot study it with a microscope or experiment with it. And it still keeps passing. We just cannot say what exactly happens when time passes.




Time is represented through change, such as the circular motion of the moon around Earth. The passing of time is indeed closely connected to the concept of space.
According to the general theory of relativity, space, or the universe, emerged in the Big Bang some 13.7 billion years ago. Before that, all matter was packed into an extremely tiny dot. That dot also contained the matter that later came to be the sun, the earth and the moon -- the heavenly bodies that tell us about the passing of time.


Before the Big Bang, there was no space or time.
"In the theory of relativity, the concept of time begins with the Big Bang the same way as parallels of latitude begin at the North Pole. You cannot go further north than the North Pole," says Kari Enqvist, Professor of Cosmology.


One of the most peculiar qualities of time is the fact that it is measured by motion and it also becomes evident through motion.
According to the general theory of relativity, the development of space may result in the collapse of the universe. All matter would shrink into a tiny dot again, which would end the concept of time as we know it.
"Latest observations, however, do not support the idea of collapse, rather inter-galactic distances grow at a rapid pace," Enqvist says.



Rabu, 5 Jun 2013

Cara untuk menangani stress




Asalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hurm,artikel ini mungkin agak menarik kerana ia merupakan langkah untuk menangani stress..
Kebanyakkan para remaja menghadapi Tekanan mungkin kerana mempunyai masaalah peribadi ataupun dengan tekanan di sekolah....
Oleh itu, kami hadir dengan artikel ini agar anda semua dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi..
Selamat Mencuba!!!


Zaman remaja diakui sebagai zaman yang sangat indah namun penuh pancaroba.  Remaja akan meneroka pelbagai sudut kehidupan demi mencari hala tuju mereka.  Dalam tempoh pengembaraan itu, remaja akan berdepan dengan pelbagai masalah yang menguji ketabahan mereka.  Ada remaja yang berjaya menangani masalah dengan baik namun ada juga yang tewas dalam kancah emosi sehingga mencetuskan permasalahan yang lebih serius.  Remaja seperti inilah yang perlu dibantu agar mampu menangani tekanan emosi dalam jiwa mereka dengan cara yang bijak.
Apabila dibebani masalah, remaja lebih cenderung untuk melarikan diri daripada masalah dengan mencetus masalah lain.  Contohnya, remaja selalu berdepan dengan konflik keluarga kerana pandangan yang berbeza.  Jika itu berlaku, mereka mengambil jalan mudah dengan keluar melepak bersama rakan-rakan yang mungkin mendorong mereka untuk melakukan perkara-perkara negatif.  Mereka mula tidak pulang ke rumah kerana tidak ingin bertembung dengan punca masalah di rumah.  Hakikatnya tindakan itu tidak bijak kerana langkah terbaik untuk menangani stres adalah dengan mencari punca masalah tersebut dan berusaha untuk menyelesaikannya agar yang keruh dapat dijernihkan.  Jelas bahawa merungkai benang yang kusut adalah lebih baik daripada terus menambah masalah.

Berikut adalah cara menangani stress :
1. Bawa-bawalah bertenang
Bila kita menyarankan seseorang supaya bertenang apabila dia marah, sedih dan sebagainya, pernahkah kita terfikir untuk mengajak atau mengajar cara-cara untuk memenangkan diri? Apa yang selalu saya praktikkan bila saya mahu bertenang menenangkan diri sendiri, saya akan tarik nafas dalam-dalam sekitar 7-9 saat, dan lepaskan perlahan-lahan juga sekitar 7-9 saat. Bagi yang beragama Islam, anda digalakkan beristighfar semasa melepaskan nafas, sebutkan “astagfirullah hal ‘aziim al-lazi laa ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaik” dan tumpukan fikiran yang anda sedang memohon ampun daripada Allah. Insya Allah, biasanya jika diulang sebanyak 7 kali, anda akan kembali tenang.
2. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
3. Membaca al-Quran, zikir dan selawat
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab.
Anda juga boleh meluaskan pembacaan anda kepada buku-buku ilmiah yang lain seperti buku-buku berkaitan agama, motivasi dan sebagainya untuk menghilangkan kesepian atau kesedihan. Ramai orang rekomen baca buku “Jangan Bersedih”,
Anda juga boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan berzikir dan berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Kita perlu yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas kepayahan pasti ada kesenangan.
4. Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain.” Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
5. Banyakkan solat sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita dituntut membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat tahajud dan sebagainya adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
6. Selalu berdoa kepada Allah SWT
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita dituntut berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
7. Bersangka baik dengan Allah SWT
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan takdir-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
8. Mengurus masa dengan baik
Usahlah bersikap tamak untuk menghabiskan semua kerja dalam satu masa. Cuba patuhi waktu pejabat dan jangan terselalu membuat kerja lebih masa kerana setiap kita ada hak-hak yang perlu kita tunaikan. Belajarlah cara kemahiran pengurusan diri dan masa, seperti menetapkan keutamaan.
9. Berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan jangan bersendirian
Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik menyatakan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya.” . Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan dirinya dari kumpulan yang besar. Itu perumpamaan dari Baginda SAW mengenai peranan syaitan ke atas manusia. Jadi, ke mana sahaja seseorang itu pergi, dia harus mencari tiga perkara iaitu jamaah, orang ramai dan masjid.
Berbicaralah dengan mereka yang boleh anda dipercayai atau hubungi sesiapa sahaja yang anda kenali. Cuba luahkan ekspresi tanpa limitasi, tidak kira sama ada waktu sedih mahupun gembira, kongsikan perasaan anda dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda rasa selesa dengannya. Bergaullah dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan.
10. Lakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti fizikal
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu belajar atau bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan atau berenang. Jangan duduk diam dan berkurung dalam bilik sambil melayan lagu-lagu sedih yang menyayatkan jiwa hati, ini hanya menambahkan sebak di dada.
Lakukan apa saja akitiviti kecergasan, bersukan dapat menghasilkan hormon yang mampu melegakan tekanan perasaan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh, Insya Allah.
11. Aktiviti bersama alam
Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. Anugerah alam ciptaan Allah SWT berupaya menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi manusia. Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok bunga bukan sahaja menyihatkan malah membantu memupuk diri memelihara alam. Anda juga menikmati ‘bird watching’, ‘nature walk’, berjalan di tepi pantai sambil mengutip cengkerang untuk hiasan akuarium atau apa saja berkaitan dengan aktiviti alam semulajadi yang cukup mendamaikan bersama-sama ahli keluarga. Cuba gunakan keseluruhan deria untuk merasai kehadiran Allah SWT.
12. Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Jaga makan dan tidur berlebihan. Sayangi badan anda, jangan mendera badan anda dengan tidur yang tidak mencukupi atau makan makanan yang tidak berkhasiat.
13. Jangan malu untuk ketawa
Bilakah kali terakhir anda memegang majalah Gila-Gila atau Gelihati? Anda boleh cubalah baca komik atau menonton cerita-cerita yang kelakar yang mampu membuat anda ketawa atau tersenyum.
14. Menangis dengan sepuas hati
Jika anda jenis yang ‘tidak boleh’ gelak-ketawa sebab ‘terputus wayar’, maka cubalah menangis sepuas-puasnya. Ia mampu membuang jauh-jauh perasaan yang gundah gelana.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.
15. Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
16. Fokus kepada warna yang menenangkan
Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan. Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang anda mahukan.
17. Cuba hidu aroma yang menenangkan
Minyak pati aromaterapi lavender amat terkenal dengan aroma menenangkan. Anda boleh cuba hangatkan pati aromaterapi lavender atau dapatkan saja bau -bauan yang di gemari.
18. Hindari bunyi bising
Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan dengan perasaan yang tidak selesa kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan tekanan darah, mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang lain. Walau bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya boleh memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita.
Menurut kajian dari Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga boleh menimbulkan pelbagai variasi perasaan. Justeru, jika anda rasa tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
19. Hadkan pengambilan ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang kita ambil mampu menyumbangkan mood swing yang kurang baik seperti kemurungan dan emosi tidak terkawal. Jika ia tidak perlu, anda boleh cuba elakkan pengambilan ubat-ubatan sebegini seboleh mungkin. Simpan ubatan di tempat yang susah sukar dicapai sekiranya anda berniat untuk mengambilnya dalam dos yang berlebihan. Jangan mengambil pil tidur tanpa preskripsi doktor.
20. Katakan tidak pada alkohol dan dadah
Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang pertimbangan anda. Mengambil sesuatu yang mengkhayalkan tidak akan membantu untuk menghilangkan tekanan, sebaliknya akan membuatkan anda menjadi ketagih dengannya.
21. Dapatkan sokongan sosial atau rujuk pakar
Cuba dapatkan bantuan kaunseling melalui ruangan kaunseling, NGO berkaitan atau boleh juga melalui telefon seperti talian ‘Befrienders’ dan lain-lain. Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

22. Makan coklat
Coklat ialah sejenis bahan makanan yang mengandungi tiga bahan utama yang berasaskan koko seperti likur dan lemak koko, gula dan susu. Oleh itu, coklat bukan sahaja merupakan bahan makanan yang lazat tetapi juga kaya dengan zat yang diperlukan. Sumber tenaga yang tinggi dalam coklat adalah berasaskan kepada kandungan lemak, karbohidrat dan protein. Di samping itu, coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharaan protein tubuh manusia, kaya dengan vitamin A dan D serta sumber vitamin B seperti Tiamina, Riboflavin dan Niasin. 


Selasa, 4 Jun 2013

Memanfaatkan Musim Cuti Sekolah





Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Waaaaa.... mesti diantara kita mesti tidak sabar untuk bercuti sekolah,tapi setengahnya pula mengatakan sebaliknya...
Haha,apa-apa pun...cuti sekolah haruslah di penuhi dengan aktiviti yang sesuai...
Selamat Bercuti!!


Keluarga yang bahagia menjadi idaman orang yang akan berkeluarga dan yang sudah berkeluarga. Mereka mengidamkan agar hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan erat. Segala masalah keluarga cuba dihadapi bersama. Mereka menginginkan  supaya kehidupan keluarga mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan suasana yang ceria. Bagi anak-anak, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama dengan mereka supaya mereka dapat bermesra dan bersukacita bersama mereka. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih bersekolah, pada musim cuti sekolah ini, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mereka.
Tetapi bagaimanakan dengan ibu bapa? Adakah masa yang dapat mereka luangkan untuk memenuhi musim cuti sekolah ini bersama-sama dengan anak-anak mereka ? Adakah mereka membuat perancangan untuk membawa anak-anak mereka untuk bercuti ke mana-mana tempat yang menarik di seluruh negara sempena kempen ‘Cuti-Cuti Malaysia’? Walauapa pun, bagi ibu bapa yang ingin mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka, sudah tentulah mempunyai suatu rancangan yang menarik bersama anak-anak mereka. Namun, masih ramai juga di antara kita yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian kita. Terutama bagi ibu bapa yang bekerja, kesibukan ini menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah. Dalam masyarakat tradisional, suami isteri mempunyai peranan khusus iaitu suami bekerja dan isteri menjadi suri rumah. Apabila masyarakat bertambah maju dan tenaga wanita diperlukan, ramai isteri dan ibu-ibu yang keluar bekerja. Kehidupan pada zaman moden yang semakin canggih ini menuntut kos hidup yang semakin mahal. Oleh itu, ramai ibu bapa yang bekerja bagi menambah pendapatan keluarga. Tanpa pendapatan yang mencukupi kehidupan keluarga akan menjadi lebih sukar, terutama bagi keluarga yang lebih ramai anak. Maka, apabila kedua-dua ibu bapa keluar bekerja, anak-anak ditinggalkan dengan pengasuh atau pembantu rumah. Dan apabila pulang dari kerja pula, ibu bapa terlalu letih untuk bermesra, bermain atau bersuka ria bersama anak-anak mereka. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak dapat merasai hubungan yang erat dengan ibu bapa mereka. Jadi untuk menghabiskan masa cuti sekolah mereka, ramai anak-anak yang suka menonton televisyen, bermain komputer dan internet, melepak dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Televisyen dn komputer berfungsi menjadi teman karib anak-anak. Kanak-kanak sangat mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen. Rancangan kanak-kanak sering diselang-selikan dengan iklan-iklan yang mempromosikan makanan yang kurang berkhasiat serta minuman berkarbonat atau kordial manis yang tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak ini kemudiannya memujuk atau kalau tidak berjaya, mendesak ibu bapa supaya membeli mainan atau makanan yang diiklankan. Walaupun minda kanak-kanak berkembang menerusi pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi internet, namun tanpa pengawasan serta penyertaan ibu bapa, kanak-kanak mungkin terlalu bebas mendapatkan maklumat yang tidak memanfaatkan mereka. Ada juga anak-anak yang mungkin menjadi ketagih komputer dan menghabiskan berjam-jam dengan berbual kosong menerusi "chat-line" yang disediakan.
Anak-anak remaja pula yang kurang pengawasan ibu bapa terutama yang tinggal di bandar-bandar, menghabiskan masa mereka dengan melepak di kompleks-kompleks membeli belah serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti merokok. Justeru itu, sempena cuti sekolah ini, tambahan pula cuti hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan bagi ibu-bapa yang bekerja, luangkanlah masa cuti  ini untuk bersama-sama dengan anak-anak dengan pergi melancong dalam negeri. Lakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan dapat mengeratkan kasih saying dan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa harus memberi perhatian penuh kepada pembesaran dan perkembangan anak-anak. Seperti kata pepatah yang berbunyi ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’, anak-anak perlu diasuh dan dibimbing sejak kecil lagi. Pengetahuan, pendidikan agama dan kasih sayang perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak. Walaupun ibu bapa bekerja, itu bukanlah alas an untuk mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak sebaik mungkin sehingga menjadi insan yang baik, berpengetahuan, mulia dan terpuji. Tugas ini dapat dilakukan hanya dengan meluangkan masa untuk mengenal mereka, mengajar mereka dan belajar daripada mereka. Manfaatkan musim cuti sekolah anak-anak.

Antara tips memanfaatkan musim cuti sekolah anak-anak :-
·         Melakukan ibadah solat berjemaah apabila berkesempatan bersama-sama.
·         Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
·         Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
·         Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.
·         Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
·         Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
·         Kalau ada perpustakaan   awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca
·         Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
·         Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama
·         Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan

Isnin, 27 Mei 2013

Selamat Hari Guru!




Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Tinggal 16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru.
Guru merupakan seorang pendidik dimana mengajar kita tentang Ilmu untuk diri kita agar berjaya.
Jasa guru amat sukar diganti biarpun ditawarkan dengan emas ataupun permata.
Ilmu yang diberikan amatlah penting agar diri kita berjaya apabila dewasa nanti.
Memang tepatlah orang sering berkata,


"guru ibarat lilin yang menerangi  kegelapan malam"


Oleh itu,haruslah kita sentiasa mengingati bahawa betapa besarnya jasa seseorang guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka demi menjadikan kita seseorang yang berjaya.


Terima Kasih Cikgu!