Apa khabar hari ni? Sihat ke?
Pada tarikh 9 Julai 2013, Perlantikan pengawas baru bagi sesi tahun 2013 telah berjalan dengan lancarnya..
Seramai 10 pengawas yang telah diberi amanah dalam menjaga nama baik sekolah,sebanyak 5 pelajar menengah atas dan 5 pelajar dari menengah rendah telah dilantik.
Pengawas pengawas yang baru dilantik diberikan sijil pelantikan oleh Tuan Pengetua diiringi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam majlis tersebut,
Selapas sahaja tamat penyampaian sijil pelantikan,Pengawas yang baru dilantik berkumpul membentuk satu barisan di perhimpunan untuk membaca ikrar dipimpin oleh Ketua Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Westlands dihadapan Tuan Pengetua dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid...
Kami dari MERCU ingin mengucapkan Tahniah buat Pengawas yang baru sahaja dilantik...
Semoga anda melakukan tugas anda dengan baik,teratur dan berdisiplin demi meningkatkan nama baik sekolah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan