Selasa, 16 Julai 2013

MERCU FM.




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Yeay!  Hari ini dalam sejarah...
Kami telah menubuhkan FM studio yg dikenali sebagai Mercu FM,
Kami memulakan FM ini pada waktu pagi dan juga waktu rehat antara ko-kurikulum...
Syukur alhamdulillah,setakat ini,kami mempunyai beberapa pelajar-pelajar sebagai pendengar-pendengar setia Mercu FM,

Untuk pengetahuan semua,kami mempunyai sebanyak 4 orang ahli dalam menjayakan lagi projek ini, iaitu,
¤ 2 orang sebagai DJ Radio,
       -DJ FIT (Boleh-boleh aje)
       -DJ D ( Hanya Kamu)

¤ 2 orang sebagai penyedia peralatan dan set DJ.

Selain itu,tak dilupakan juga ahli-ahli MERCU yg lain yg turut membantu dalam penyediaan Set....
      TERIMA KASIH,

Ya,sebelum terlupa boleh la saya ingatkan sekali lagi,...
Okay... 

Buat pendengar setia Mercu FM yg ingin membuat penempahan lagu,penempahan lagu boleh dibuat pada setiap hari JUMAAT ,

Penempahan boleh dilakukan kepada ahli-ahli kami iaitu,
¤ IESA BIN SAIRI
¤ ABDULLAH BIN IDRIS

Harga yg telah kami tetapkan ialah sebanyak,
¤  10 sen
     -Lagu yg Berbahasa Melayu
¤  20 sen
    -Lagu yg Berbahasa lain-lain,

Harga itu merupakan harga muktamad yg telah kami tetapkan,..
Jadi, jangan lah lupa ya untuk menempah kerana harga itu sangat - sangat murah...
Okay... 

Selain penetapan harga,kami juga telah menyenaraikan lagu-lagu yg akan dipasang,.. 
Kami telah mengambil lagu-lagu hits dan popular dan menyenaraikan ia...
Senarai tersebut boleh didapati dari ahli kami...
Jadi,Ini bermaksud,anda hanya boleh menempah lagu-lagu yg telah disenaraikan SAHAJA...
Lagu- lagu tersebut akan ditukar dari minggu ke minggu,

Penyenaraian lagu adalah untuk memudahkan sistem operasi kami dan juga mengelak dari lagu yg tidak sepatutnya dipasang...

Kepada sesiapa yg masih belum lagi tahu tentang operasi kami,
Kami mengambil sebanyak 15 penempah yg paling awal untuk di keudarakan dalam waktu seminggu,..
Ini bermakna "siapa cepat dia dapat".. 

Bagi minggu seterusnya,penempahan akan dibukakan seperti biasa iaitu pada hari JUMAAT...
Haaaaa, sekarang semua dah tahu kan?  Hek3...  faham ke tidak?  Kalau masih belum faham..  anda boleh mengajukan soalan di CHATBOX di sebelah tepi ini....

Bye!  Terima Kasih kerana Mendengar..   =)

Tiada ulasan: